Khamis, 11 Ogos 2011

8 tips elak perut buncit

wah ini yg aku ska neh...tipsnya:


a) elakkan liposuction, pil diet dan diet ekstrim (aku setuju sgt!!!)
liposcuton=sedut lemak: menyebabkan pendarahan dalaman
pil diet=memberi kesan pada sistem sah dan mngkn dihasilkn dr bhn yg x sah..(jom elakkan.)

b)makan oat (x pernah bt lgi..nk try!)
oat=rendah lemak, rendah karbohidrat yg x baik, rendah kalori tinggi
Paling best: oat byk nilai nutrisi.
*amb dgn madu@ buah2an

c)makan serat, buah2 segar, brokoli, lobak n tomato harus dimakam..
-bgus utk hilang lemakk di perut sbb x mmpnyi bayk nilai kalori..tp byk serat, minerral & vitamin

d)makan dalm jmlah yg kecil
4-6 hidangan shari..utk meningkat kadar metabolisme

e) senaman
skrg2nya 3-4 kali semggu

f) buat target
-motivasi diri


g) makan pisang, anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun serta 100% serat:
-membantu ke arah penurunan jmlah lemask di perut.

15 tips menurunkan berat badan..

Ayuh tips seterusnya:

a) Katakan saya boleh (ok ni dah de smangat)
b) Sarapan wajib dimakan (hmm..kadg2 tertggal gak)
c) baca kandungan gizi makanan (ouh x prnh kupedulikan)
d) elak diet sementara (slalu buat neh..huhu)
e) makan dengan teratur (bla apar..bru cari dapur..patut x jdi..)
f)banyakkan pengambilan serat (serat??)
g)pilihan makan yg menyihatkan (hmm)
h) lakukan senaman ( dah mla rajin..hihi)
i) buang kebiasan mnguyah waktu mlm (ouh knp harus lpr bla mlm menjelma.)
j) byakkan pengambilan protein (akan bljar)
h) buang kebiasan x baik (stu kebiasan x baik itulah slalu nak bt..pe cite??)
i)jadikan org sekeliling sumber inspirasi (siapa ya???)
j)catit setiap perkembangan penurunan berat badan (dah de blog neh.hihi)
h)minum air yang mencukupi (skrg dh mla bergiat dgn amalan neh)
k)berasa badan turun badan sihat. (cnfirm kn set mind cam neh)

Aku pun nak kurus gak!!

Membaca kisah Farid berjaya kurangkan berat banyak sbyk 10kg dlm tmpoh 3 bln membuatkan aku teruja! Nak jadi cam dia gak...ok jom skodeng tip dia:

a)kurangkan ambil makanan kalori (wah neh yg aku x leh control neh)
b) buat senaman kardio 1hari=45 minit (senaman pe neh??)
c)kurang karbohidrat ambil lbh protein ( so say no for rice ker?? glurp..deng org malaysia..makn nasi itu wajib..aduh)

Ayat paling best aku dgr: kita jgn mudah putus asa dan bersabar serta kuat semangat dan terus berusaha..ini yg aku ska!!

Rabu, 10 Ogos 2011

exercise pagi hari

alhamdulliah...baru tadi selesai menjalani exercise kayuh basikal..hasilnya:
time=94.08 minit
cal=209


Alhamdulliah kembali pulih

Alhamdulliah..diri ini sudah kembali pulih setelah semalam tidak berapa sihat..aku kira mungkin sbb faktor tidur yang tidak cukup..dan semalam mata aku lelap sekitar jam 9 malam..awal giler kan..hihi..jgn tanya ke mana terawih aku..hihi..setelah melelapkan mata dan tersedar sekitar jam 12 tgh malam kerana mahu mmbuang sesuatu..aku kmbali beradu....pukul 3 pagi aku terjaga lagi..kali ini perutku pula mengejutkan aku...alhamdulliah, aku terasa segar dan bersemangat semula utk meneruskan semula misi aku. jom join aku!

Selasa, 9 Ogos 2011

Hari x sihat

Hari ini x banyak yg bleh dicatatkan krn kesihatan x mengizinkan...nak buat study pasal kesihatan pn x terdaya...kepala rasa mcam melayang2...pening + sakit kepala...tp x tau kenapa..moga2 ALLAH memberi kesihatan yg baik utk aku menempuh ramadhan..

Berkayuh lagi

Macam biasa...exercise kayuh basikal kmbali lagi..smbl menonton tv3, aku kayuh basikal...hari ini smgat nak exercise mmg membuak2 tp apakan daya...hari ini stamina aku bkn macam smalamlah..kecewa skt...
Tp okeylah drp x buat langsung...so kesimpulannya:
               
Cal:100 dalam tempoh 43.31 minit dgn cal=50 yg pertama kayuhan ok lagi tp slpas 50 cal seterusnya, semput skt..kadag2 aku duduk smbl kaki kayuh...x bnyk aku kayuh smbil berdiri..sperti aku cakap..mgkn stamina hari ini agak lost skt...nak bt senaman arobik pn agak terbantut..

x pe usaha lgi untuk sihat ramping!!


Jadual Waktu Minum Air Masak

Jadual yang akan aku kongsi dgn korang ini bukanlah jadual yg aku reka sendiri sebaliknya jadual yg aku peroleh dari pembacaan. Aku sedar yang aku manalah layak nak mereka bentuk jadual ini. So melalui pembacaan aku, rata-rata artikel yang aku baca menyarankan jadual seperti berikut:

SELEPAS BANGUN TIDUR- 2 GELAS AIR MASAK
-Membantu mengaktifkan organ dalaman.

30 MINIT SEBELUM MAKAN-1 GELAS AIR MASAK
-membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

SEBELUM MANDI-1 GELAS AIR MASAK
-membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

SEBELUM TIDUR-1 GELAS AIR MASAK
-mengelakkan terkena serangan strok dan serangan jantung ketika tidur.


 ATAU KORANG boleh rujukan jadual yang seterusnya:


~Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)

 So buatlah pilihan yg bijak...yang mana korang rasa boleh masuk..janji 2 liter sehari!

~jom berusaha untuk sihat ramping!~

Oh Air masak


Air Masak??

-bagi pandangan aku yg sudah hampir 23 tahun hidup di muka bumi ini, pengertian air masak adalah:

 a) sama dengan
Air masak=air kosong=air putih

b)Air ini tiada perasa dan warnanya jernih




Tahukah kalian berapa banyakkah air masak yg sewajarnya kita minum?????

Normalnya manusia disuruh minum air sebanyak 2 liter sehari

Macam mana tu ya?? Takkan nak kena sukat setiap hari sebelum minum.....

Jangan khuatir..

Pakar pemakanan sudah mengkaji dan membuat anggaran bahawa:
2 liter = 8-10 gelas.

*tetapi bilangannya akan meningkat/berkurang mengikut tahap aktiviti dan pemakanan seseorang 
(lain entri kita bincang bab ni ok)

Wow banyak tu kan??? Macam mana nak pastikan kita boleh minum 
2 liter= 8-10 gelas air masak sehari???

Jawapannya:
Next entri akan menjawabnya...jmpa nanti..insyaALLAH

Ingat!!
~Jika kita berusaha pasti boleh kurus ramping~


Mengapa Air masak???

          Pernah x korang semua terfikir  mengapa kita digalakkan minum air masak??? Yalah memanglah untuk kesihatan tapi mengapa?? Apabila kita bersoal jawab pasal mengapa, jawapan harus spesifik dan terperinci baru alasan kita itu boleh diterima. Tak gitu? Ops jangan salah anggap. Aku bukan mau cari gaduh dengan korang tapi sekadar mahu menyatakan bahawa apabila kita berbicara soal mengapa, sebab dan sewaktu dengannya, kita seharusnya menampilkan alasan yg kukuh. Kalau ada bukti yg kukuh lagi kaw cakap kita! Cam iklan...lebih kawwwwwwww!!
        Dulu2 masa time belajar dari sekolah rendah ke menengah dan beralih ke matrikulasi sehinggalah ke menara gading, aku selalu lihat org2 Cina asyik duk usung botol air besar yg berisi air masak @ air kosong@ air putih..Aku selalu terfikir kenapa??? Korang pernah x jdi cam aku?? Aku selalu terfikir tp x tergerak pn waktu tu nak bt research...tp bla dah berniat nak kurus, tb2 semua tu bagi aku sgt ptg utk diketahui..Aku perlu terjah dan bongkar isu air masak utk tahu peranannya! Jom join aku untuk next entri!

misi menjelajah maklumat

        Ketika aku sedang menulis untuk entri ini, aku baru sahaja selesai membaca beberapa artikel yg aku rasa sgt berguna dalam membantu aku mencapai hasrat aku iaitu mahu menguruskan badan...wah banyak betul info yang aku peroleh...sememangnya membaca itu jambatan ilmu...alhamdulliah..sebelum aku mahu berkongsi pengetahuan yg aku perolah drp pembacaan aku..aku mahu mengucapkan terima kasih kepada penulis2 artikel, blog2 dan sebagainya yg banyak memberi info yg berguna utk dijadikan panduan kpd aku..aku harap pendedahan yg akan aku lakukan dlm entri seterusnya mendapatkan keizinan sesiapa yg terasa bahan itu adalah miliknya..mohon dihalalkan ya..apa2 pn aku bkn makluk jenis copy dan paste..di universiti aku dah diajar utk menghormati hasil penulisan orang....sma ada aku tulis siapa pemiliknya atau aku garap sndiri menerusi pembacaan aku...maksudnya berdasarkan info2 yg aku baca..aku duduk study...cuba cerakin mengikut kefahamn aku..menganalisa seblm menterjemahkan dalam word yg aku faham..itulah sbaiknya krn bahan2 itu jg yg akan aku gnakan sbgai panduan utk aku mencapai matlamat aku dalam menguruskan badan....mari2 kita share maklumat bersama agar sama2 bleh kurus dgn berusaha!!! 

Isnin, 8 Ogos 2011

naik basikal lagi

Selepas bangun dari tido..opss...tido jap tadi krn kepenatan yg melampau..hihi..Sebaik bangun dari tido, aku menaiki semula basikal dalam rumah aku...Kali ini rancangan kuali oh kuali menjadi pneman aku..Berkayuh hampir 22.03 minit, hasilnya:



CAL=50!!
Jika berusaha pasti boleh sihat ramping

naik basikal pula

        Mesti korang kata aku bohongkan?? Takkanlah dalam bulan puasa ni aku semampu itu untuk bersenam. Baru tadi buat senaman arobik. Bukan sekali ttp 2 sesi lak tu...pastu tup2 buat senaman naik basikal pula..
         Tpi percayalah mmg btl..aku tak bohong punya..lepas rehat bbrapa minit, hilangkn penat..sejukkan badan, aku kayuh pula basikal...tak ada apa yg mustahil kalau kta ada matlamat..matlamat akan bt kta kuat semangat!! Sebab nak ramping, aku suruh (blh dikatakan paksalah juga) diriku ini untuk terus beriadah. Tapi awas pd yg x mampu, jgn paksa sgt...tmbah2 di bln puasa...
       Okey, berbalik pd story tadi...sememangnya, aku naik basikal..aku naik basikal sambil tgk tv...tpu??? Ya ALLAH percayalah...aku naik basikal..basikal kayuh tu??? Emm..aku dapat agak apa korg rasa hairankan..Bka basikal org kayuh duk meronda taman tu..melampaulah kayuh basikal tu dalam umah..ingat umah aku besar mcm studium ker???

Basikal yg aku masukkan adalah benda alah ni:


Aku naik basikal ni lah..Cuma bentuknya ada beza skt..tp ala2 gambar di atas...Penat beb kayuh basikal ni..berjurai peluh aku keluar...hasil selama 21.34 minit aku duk kayuh sambil tgk tv, apa yg aku dpt...


cal= 50!!
GOOD JOB!
~Jika Usaha Pasti Sihat Ramping~

Kali ini Puas



Alhamdulliah, puas utk sesi kedua senam erobik..utk sesi ini, aku buat dua kali..memang rasa puas bila peluh keluar..terima kasih coaches senam erobik yg sgt best!! 
berusaha..anda pasti boleh sihat ramping!!

Permulaan hari ini

Permulaan hari ini sgt berserabut...mla2 aku ingat slpas tulis kat blog, aku mau tido jap..sisa mengantuk selepas sahur tb2 dtg menyengat walhal smalam bleh dikirakan sbg hari awl aku tido..tp bila fikirkan matlamat aku utk kurus...aku gagahkan jg diri aku utk bersenam erobik..wah gtu tau!! tolong percaya ok! Aku siap download lagi video senam erobik smata2 utk mencapai matlamat aku utk kurus neh! Ok back to story, hmm mmg berserabut..sbb??? spjg aku bt senam erobik, telefon bimbit aku asyk brrbunyi je..sekejap masge msuk, ada gak yg call...tp x leh salah org yg massage n call aku sbb mereka bkn tau aku tgh ada keje...lgpn salah aku sbb gatal massage diorg bagitahu stu info sblm bt senanam erobik..so terima akibatnya..huhu..tp x pe, serabut2 pn..dpt gak bt skali...ok, aku mahu bt lagi..berusaha! anda bleh sihat ramping!!!

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat rakan-rakan blogger...


Baiklah, aku rasa elok kiranya kalau aku memperkenalkan diri aku ini serba sedikit. Aku nama diberi aku...manusia biasa yang dijadikan ALLAH selaku hambanya di bumi ini. Aku manusia yg sdkt cerewet dlm soal kerja ttp dalam makanan, aku bantai semuanya...janji sdap dan halal.

             Jadi kiranya korang semua pasti dapat mengagak bagaimana diriku kan?? Tak perlu bersembunyi..aku jujur berkata di sini...aku insan yg kategorinya...gemuk..agaknya dah tahap overweight dah kot..

            Disebabkan sudah terlalu lama berpenampilan begitu...iaitu semenjak aku habis matrik..masa matrik, kurus beb..sbb hdp kat matri sgt sengsara...tp aku ska sbb itulah permulaan aku jadi kurus..hahaha..tp malangnya, bila dah masuk u sampailah sekrang, berat aku makin menjadi2..

           Dulu aku tak kisah..orang kutuk aku..buat dek je..orang nasihat..senyum je..tp aku ttp mahu maintain waktu tu dgn berat berlebihan..mgkn aku ego @mgkn aku x de motivasi kuat...ermmm...

           Tapi enth kenapa...aku tb2 nak kurus balik..skrg berat aku 73kg dgn ketinggian aku yg x seberapa, 148 cm..so korang leh la ambil kalkulator buat calculation BMI aku..btl x aku neh katergori overweight..
 
         So aku nak kurus!! Eh takkan sbb BMI kot kan..pelik..sblm2 ni x ada kisah pn..apahal lak kan...aneh??????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...